Tuesday, 26 July 2016

Suasana Hari Raya - Uncle Mutu dan SuperKids

Antara lagu yang paling senang nak cover, sambil main harmonika, hahaha, dulu pernah jugak terbusking lagu  nih, tapi dah raya nih, alang-alang ajak bebudak supermom jamming lagu nih. Tah macam mana diorang pun layan jelah,  jadi uncle mutu terus jadi ramai peminat. Memang bebudak tak dapat dikawal, nyanyi  ikut  keihklasan hati mereka.




Dalam banyak-banyak lagu, sebenarnya ianya ialah pertandingan, saudara Kamarul Al-Farabi band ni yang akan main gitar, lepas tuh peserta kena nyanyi. Tapi macam biasalah, bila time Uncle Mutu aka Ninja  Seni, saudara kamarul turun pangkat main cajon je. hahhaa. Mula-mula tuh bedal lagu cahaya di aidilfitri, lepas tuh pulak main lagu suasana hari raya. Lepas tuh diumumkan pemenang, kena buat show kali kedua, lepas tuh pulak bebudak ni semua sekali naik, habis roboh stage kang, hahaha. Apapun layan jelah. Yehaaa !!!! Thank you Nana CeritaUmmiAbi tolong upload video nih


2 comments:

LIKE US