Bersama Di Hari Raya - Cenderawasih (Cover by Supermom Buskers)

Video yang dinantikan oleh para para sahabat geng supermom dah siap. Tahun ke 4 sudah supermom dah keluarkan video raya, tahun pertama ingat lagi, kami miming je, hahahha, lagu anuar zain. Bolehlah.




Lepas tuh terus geng geng supermom mengorak langkah dengan lagu cover ahmad jais, pada 2014. Tahun tuh jugak semua geng kena nyanyi, dan susunan muzik dibuat oleh Kamarul Borhan Alfarabiband di Alfarabiband studio. Nak dijadikan cerita, sambil bercerita tentang harmonika, boleh pulak selit harmonika dalam lagu raya ahmad jais. Dapatlah selit last last lagu.

Tahun lepas pulak, dengan tema siraturahim, geng geng supermom menyanyikan lagu cover Raya nyanyian rahimah rahim, dan menampilkan vokalis terkenal saudara Epul Jaguh.




Tahun ni pulak, dapatlah menyumbangkan suara, sambil bermain harmonika, dari mula,sampailah habis, dah jadi lagu koboi raya pulak. Kata supermom buskers. Hahhaha, feel habis kali ini susunan harmonika dalam lagu ni, sebab ada part minor dan last sekali major.

Tahun depan mungkin lebih meriah, mana tahu tahun depan punya video Mohd Kamarul Baharin terjun helikopter nak balik raya, atau Hadhatina Mkb kayuh basikal dekat lita F1 sepang. hahhaha, apapun korang layan jelah video nih, jangan takut pasal makan, set kolesterol shaklee ada, hahaha.

Nak diceritakan, kat sini,saya guna dua key, part minor guna harmonika A, posisi ke-3, last sekali dan masuk major guna harmonika E, guna posisi ke-2. Belasah jelah labu, hahaha.

No comments:

Post a Comment