Zhin Wong Dan Harmonika Suzuki ?

Antara orang terawal aku check dalam youtube, Zhin Wong memang paling advance main blues harp. Dia  memang  cool, dan bukan sekadar power, tapi dia jugak selalu pergi US, siap pergi conference harmonika kat sana. Selalu perform dengan mat mat blues , dan dikenali ramai otai blues kat Malaysia. Aku sendiri dengar Nan blues cakap, dia yang terbaik dalam Malaysia main blues harp.

Muka jambu, badan six pack, hahah, banyak event dia dah join, main blues harp sana sini, sambil tuh jugak dia memang ajar orang main blues harp, tuh korang kena tanya dialah, hahaha. Antara yang best, tentu sekali kalau korang rasa nak dapatkan blues harp paling canggih, kena jumpa dialah. Pasal teknikal, nak cakap orang putih, Zhin boleh ajar korang teknikal . So, jangan lupa tonton semua video Zhin Wong dalam youtube, atau cari beliau di facebook. 

Contoh macam kat atas, adalah feel lagu Alicia Keys, main dalam minor blues, memang sukar nak jamming, kalau silap bunyi jadi sumbang, hahaha. Nak improvise tuh pening pala sikit, lagi banyak skil, praktis, boleh sampai tahap Zhin Wong. Kipidap BRO !!!


No comments:

Post a Comment