Monday, 20 June 2016

Lovehunter - Blues Untuk Rakyat

Lovehunter band paling cool kat Singapura, saing saing dengan Ramli Sarip dalam album mereka Blues Untuk Rakyat. Nyata lagu ni memberi  satu kritikan dan semangat kepada kita, buat badan jadi cergas, dan kerja sekuatnya. Paling penting sekali, Ibramshah muncul dengan harmonikanya, feel woo. 


Banyak veris blues untuk rakyat nih, antaranya bila artfadzil join lovehunter, dan lagi  best, ada satu versi jamming dengan imuda, feel imuda main harmonika. Hahha, nanti aku kena selitkan jugak sekali. Tapi nak cakap, Ibramshah bermain harmonika dalam banyak lagu ramli sarip. Satunya dalam album rentak hidup. Tapi tulah, tak banyak nota aku nak cari pasal Ibramshah. Ok, jom layan lirik lagu nih.

kelambu usang idaman nyamuk
senang dicabul kawan sesayap
bangsaku masih mengantuk
pagi petang tersangap sangap 
Ini bukan lagu protest ...hanya blues untuk rakyat 
yeahhhhh..
kayuh basikal laju laju
hendak potong motokar depan
orang lain sudah lama maju
kenapa kita masih ketinggalan 
Ini bukan lagu protest...hanya blues untuk rakyat 
blues...untuk yang di tepi jalan
blues...untuk yang di kelab malam
blues...untuk yang masih sekolah
blues blues untuk yang hendak ke pasar 
Ini bukan lagu protest...hanya blues untuk rakyat 
istana pasir di tepi pantai
hancur lebur dipukul ombak
kerana leka kita tergadai
kampung halaman mangsa jentolak 
Ini bukan lagu protest...hanya blues untuk rakyat
Ini bukan lagu protest...hanya bina semangat...


No comments:

Post a Comment

LIKE US