Kelab POP - Buskers - Pengalaman Main Harmonika Dalam Game Show

Alhamdulillah, hari ni duduk rumah macam biasa teruskan misi blogging sampai mati, hahaha, ini pulak kisah saya sebagai pemain harmonika, oh ye, tak sangka pulak, pencapaian saya main harmonika ni dalam satu game show Kelab Pop Musim ke-3. Hahhaha, satu rancangan yang popular dulu kat astro. Hahhaa, feel pulak masuk tv jumpa artis, tapi bukan semudah ituh.




Saya masih ingat, tahun 2009, kawan saya basith  dari kumpulan tf3 telefon saya, ada member dia dari astro nak panggil orang join program. Hahaha, katanya nak buat program buskers, kena main lagu, lepas tuh artis tuh kena teka lagu. Oklah. Masatuh kata jalan jelah. Nak dijadikan cerita ni makin sedap. Buka youtube minit ke 9:30, 

  1. Kitorang kena praktis 24 lagu, ye lagu tuh kena cari mana part harmonika yang sesuai, oklah, time nih aku pun belasah jelah, sebab nak main melodi bukan senang dengan harmonika diatonic.
  2. Aku rasa bodoh sikit sebab tak tahu pulak masuk tv bukan boleh pakai t-shirt je, memang jahil sikit bab pakaian nih, hahaha.
  3. Masa ni aku baru je bertunang, hahah, sibuk cari baju itu ini, petang nak ke na pergi studio kat pj tuh.
  4. Ada satu masa aku pergi studio, siap naik teksi dari subang, mahal pulak tuh, bukan naik limosin, masa ni tak reti lagi nak drive sendiri.
  5. Apapun layan jelah, bila dah keluar kat tv, habis anak murid tutor printscreen kat tv, ahhaha, makcik aku pun tegur dia tengok kat tv, adoi
  6. Tapi layanlah jugak pengalaman kami, 6 episod untuk segment 5 minit, berminggu jugak praktis,tapi note ada jugak salah. ahhaha
  7. Akhirnya lepas tuh, aku main harmonika sampai sekarang, belasah jelah, hahaha. janji rock.

No comments:

Post a Comment