Reggae Bumi Kenyalang

gua masih ingat lagi, semasa itu, gua bikin master di utm, kami ada conference di kuching sarawak. Seronok gile weih, hahaha, jalan jalan. Masa itu ingat lagi, dalam tahun 2008, masa tu aku ingat lagi aku sambut bestday di kuching, di kfc, memang layan, sebab masa tu zaman bujang, kitorang berkenalan dengan member di conference, so malam tu jalan jalan balik lewat malam bersama en ismail ibrahim. Memang cool.






nak diceritakan paling cool masa tuh ialah aku sempat main myspace di mcdonald, sebab sangat nak tengok internet, last last, cuba upkan status di myspace, terjumpa sorang member myspace, katanya dia orang sana, encik qulliq, mana dah engkau sekarang, kalau ko ingat aku lagi, jom tengok video kita jamming dibawah, hahaha, itu semua kenalan myspace, menggamit kenangan memori, berkenalan dengan strangers, yang minat seni, muzik, hahhaa.

Jadi mamat kuching ni telah bawak kami jalan jalan di pantai damai, layan suasana , sambil jalan jalan melihat pertembungan antara sungai dan laut. Tahun 2013 pulak, aku bawak anak bini pergi jalan jalan dekat perkampungan sarawak, sambil menyewa kereta kelisa. Pergh itu semua memang gile, tahun tu, nasib baik ada camera en ismail, kami sempat rakamkan lagu yang indah lagi mengindahkan. 





Lagu reggae akustik bertajuk bumi kenyalang, lirik bantai, tapi paling penting solo harmonika blues reggae yang sangat teruja selepas aku menonton john popper bermain harmonika. Hhaha, bajet nak menyolo last last tersepit di gigi ku. Hahhaa, oklah, itu semua kenangan terindah . Lagu di bawah ialah key G, korang kena ambil key C harmonica dan bermain di posisi kedua, layankan je. hahahah, ok jom layan lagu khas untuk awek awek sarawak di luar sana.

No comments:

Post a Comment