Megadeth - Have Cool Will Travel

haritu gua ada cerita, pasal band thrash metal terbaik di dunia, Metallica dengan cover lagu blues, sambil membawa John Popper bermain harmonica. Tapi itu slow punya version, layan pakai akustik gitar, tapi kali ini, Dave Mustaine, tak mahu mati dengan idea, dia kasi Jimmy Wood menyolo baik punya dalam lagu Have Cool Will Travel, hahaha. jom baca sikit.





Sejak Zaman Youthanesia, Megadeth Bereksperimen dengan Harmonica

Sebenarnya, bila kita tengok band band glam, southern rock, macam Poison, Extreme, diorang pun dah masukkan elemen harmonica dalam muzik diorang, itu memang biasa. Tapi nak betul-betul dengar metal, tapi ada injection blues harp memang sukar. Jadi, megadeth telah mencuba dua lagu dalam album Youthanesia, hahha, untuk menyelitkan solo harmonica. Memang sempoi, sebab sound dia memang cantik, dan berkesan. Jadi album tu dengan mid tempo, heavy, dan ada color di situ. Jimmy Wood telah bermain dengan baik, walaupun kekadang Marty Friedman rasa ianya terlalu berat untuk harmonica menyelit dalam lagu metal.



Lawan Solo Terbaik Dalam Have Cool Will Travel

Sekali lagi, album Cryptic Writings telah mempertengahkan bakat dan pengalam Jimmy Wood dalam lagu Have Cool Will Travel, Hahhaha, oklah, kali ni Dave lebih matang membuat lagu, kalau perasan masa solo pertengahan, jimmy wood berlawan dengan marty, lepas berlawan pula dengan gitar dave. Groove lagu ini lebih best, sebab ada elemen blues, tapi tengah solo tuh ialah chord F# minor, hahaha, itu yang bikin solo Jimmy Wood lebih best. Sekali lagi, Megadeth berjaya dengan blues harp terbaik dari Jimmy woood, lepas album ini, dah takda aku dengar solo harmonica dalam lagu Megadeth, ooh, mungkin Dave nak bikin balik thrash metal asal yang lebih ganas lagi mengganas.

Harmonica A untuk Lagu E

Hahhaa, seperti biasa, kena ambil harmonica A, bermain posisi kedua, dengan scale E, barulah layan, dan jangan lupa, yang ini adalah amplified harmonica, ada effect sikit, barulah boleh lawan dengan abam metal Megadeth, apapun layan video dibawah, hooo, meletup !!!!

No comments:

Post a Comment