Sunday, 9 February 2014

Kalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya , Hari hari Hari Raya, hahahah, punah segalanya bila aku dengar lagu ni. Mana taknya, mula mula aku tak ambil port pasal lagu ni, tapi aku dengar banyak kali, dan ohh baru perasan, siapa pemain harmonika lagu ni ? Hooo best gile, layan siut, siapa yang tahu ye pemain harmonika lagu ni ? Boleh di muatkan dalam cerita harmonikawan ni.








Kenapa Kena Kaya

Sekarang ni lagu ni banyak angan angan je, tapi aku rasakan lagu ini banyak makna yang dia suruh kita jadi kaya, sampai aku pun tak update blog sebab nak buat business , takdalah kaya mana, tapi kekayaan itu jelas banyak membantu orang susah. Kalau korang tengok betul betul lirik itu , memang bagus, oklah aku senaraikan


  1. Niat murni korang kalau kaya, betulkan jalan raya berlubang, dan tampal. bagi orang boleh lalu dengan mudah
  2. Tanam semua pokok yang dah tebang, hidupkan kehijauan alam sekitar
  3. Paling best, dan paling menjadi impian semua orang tentu sekali nak berbakti kepada mak kita, sampai sanggup upah schumacer belikan nasi lemak, tapi ini yang buatkan aku betul betul nak jadi kaya, nak jaga mak, sebab diorang dah berkorban segalanya untuk kita !!!


Altimet dan Awi Rafael

AJL 28 Cemerlang

Jadi bila aku tengok balik 3 sebab di atas tu, memang layak lagu Altimer dan Awi Rafael ni tercalon dalam 3 terbaik lagu 2013 ini. Aku tak nampak kenapa kita kena berangan-angan nak jadi kaya, sekarang kita kena cari sebab kenapa nak jadi kaya, itu lebih penting dari perkataan KALAU. Syabas Altimet dan Awi Rafael yang buat lagu ni dengan CEMERLANG

Cuma siapa yang tahu pemain harmonika tuh, please beritahu aku, hehhe, kesian sampai aku pun tak tahu nama dia, !!!


No comments:

Post a Comment

LIKE US