Hey Orang Kita Khatulistiwa

Hey ORANG KITA KHATULISTIWA. Hooo lagu ni dulu ada selalu keluar masa rancangan tv2 dulu, masa aku ingat time sekolah rendah rasanya lagi. OKlah, lagu patriotik diubah sikit rasanya. Tapi yang aku perasan ialah lagu ni adalah ciptaan kumpulan BLUES GANG, yeah. Paling Cool dalam lagu ni tentu sekali ialah sentuhan biola Hamzah Dolmat






Aku suka dengan style lagu Khatulistiwa, yang rancak, dan senang nyanyi, dan enjoy ada harmonica di awal lagu, dan seterusnya bahagian solo diberikan total control pada Hamzah Dolmat. Dalam satu rancangan tv yang diupload di youtube, boleh nampak Hamzah Dolmat bermain secara country, walaupun jiwa pakaiannya ialah irama melayu traditional. Itulah menjadikan irama lagu ni paling cool, dan membuatkan aku nak juga belajar main violin, yang tah kemana si smile pinjam tak pulang., Adui...





Tapi setelah lama, akhirnya ada juga versi Ito yang lebih rock, dengan solo harmonica dan solo guitar yang dimainkan sendiri oleh ITO. Sejak daripada itu, aku betul betul belajar muzik harmonica,nak jadi lebih blues , dan sampai satu tahap aku digelar mr bluesman ketika di UTM.


Oklah, apapun lu orang boleh layan sendiri, versi khatulistiwa kuala kangsar, hahahah,versi paling teruk sekali dalam sejarah hahahah. tu kau orang boleh search kat youtube.

2 comments:

  1. Such a nostalgic songs x)
    Even until now I still listen to Ito :P

    ReplyDelete