bila menyanyi lagu BEYOND, lagu cina kantonis



Lama saya  tak update blog ni. Semalam, saya  sempat perform bersama alumni sekolah SMK seksyen 9 shah alam sempena dinner mereka. Kalau ada video, bolehlah saya tgk kembali, dan upload di utube. Cuma harini saya nak cerita pasal lagu BEYOND bertajuk AMANI.




Kisah saya mendengar lagu BEYOND ni, yang di pelopori oleh WONG KA KUI, vokal, pemain gitar, dan pembuat lagu dalam kumpulan yang berasal dari hong kong ini. Sejak berkawan dengan rakan rakan cina, saya cuba meminta mp3 band ni dari mereka. Masa paling best, masa ada satu band cina dari UTM, perform lagu BEYOND ni masa batle of the band. Time tu band aku houdinix pun masuk jugak, diorang dpt no3, kitorang tak dpt nombor, hampeh je. Oklah, lagu diorang tu memang rancak.

Aku terus lagi mendengar lagu mereka, akhirnya aku dapat jgk dengar lagu 'under the vast sky'. Oh lagu ni pernah keluar iklan dulu, masa tu aku kecik lagi. Rasanya iklan salem versi cina. Hahhaha, ok, lagu ni memang layan, dan jadi encore beyond, dan semua orang ingat lagu ciptaan ka kui ni, penuh berhantu, kerana lirik yang ditulis itu, menjadi kenyataan, dia mati jatuh dari tempat yang tinggi ketika sesi rakaman program jepun UCHAN dan NACHAN. Sungguh kesian, satu hongkong sedih kerana kematian kakui, ramai jugak awek beratur menunggu mayat kakui di lapangan terbang hongkong. Ok, memang gila aku tengok dokumentari tu, sebabnya beyond ni dah jadi kegilaan awek awek cina hongkong.


dari kiri, teck fatt, ninjaseni, timothy

Aku terus kaji lagi lagu diorang, bila aku baca, dan terus baca lirik mereka, maka aku rasa, memang aku terus minat band ni, diorang ni memang best, sampai ringtone aku pun lagu beyond, satu ringtone tu lagu tentang sayang mereka terhadap ibu mereka. Banyak lagi lagu yang bagus, satu lagu tu bertajuk AMANI, bermaksud aman dalam bahasa afrika. Lagu ni, dinyanyikan dalam 2 bahasa, masa chorus tu je nyanyi dalam bahasa afrika. Lagu ni berkisar tentang keamanan. 

Tiba masanya yang ditunggu, aku dijemput oleh bebudak BIOMED UM untuk perform dinner mereka. Aku memang jenis last minute performers, aku cari cari bebudak yang nak perform, akhirnya aku dapat rekrut TECK FATT dan TIMOTHY dari 2nd year biomed. TECK FATT tolong nyanyi kantonis , dan aku cuma nyanyi bahagian korus sahaja. hahaha, memang sempoi. Itu pun praktis petang sebelum dinner malam tu. Oklah, bebudak ni ada feel jamming yang bagus, jadi senang sahaja nak layan. Malam tu kira belasah jelah, nak enjoy. hehehe. 

Oklah, masa untuk layan video yang power tu, Akhirnya cita cita aku nak perform lagu BEYOND ni tercapai. Jika kakui masih hidup, tentu beyond dah menyebarkan mesej mesej cinta dan keamanan. Salam, peace, enjoy



Cerita: perform lagu beyond
Artis : teckfatt, timothy,ninjaseni

No comments:

Post a Comment