Abah dan Harmonika

Cerita abah saya, dia selalu beli harmonika murah.Masa kami kecil, dia selalu main lagu jingli nona. lagu joget, dan dulu dia kata lagu polis pun boleh buat. Saya masa kecil, manalah tahu main. Rasa seronok jugak, hahaha, memang layan kalau abah main. Tapi sejak habis sekolah menengah, terasa nak main harmonika. Masa tu rasanya nak main macam abu bakar elah.





Takpun, terikut dengan pengaruh ito blues gang. Jadi saya pun minta abah belikan harmonika. Tapi masa tu, dia beli yang panjang nya, jenis tremolo harmonika. Memang sesuai kalau kita main lagu klasik, sebab note dan oktave dia banyak. Pastu lak, boleh menggoreng goreng. Saya pun dengan layannya berlatih le, masa tu belajar solo lagu dalam scale C major. Memang kenalah, senang senang jamming, lagu C je, terus hentam main harmonika. Lepas tu, sebab teringin nak belajar blues harp. Saya pergi blues harp kat Central Market sana. Memangle, masa tu saya beli key A dan D. Sampai sekarang, key D bluesharp pertama saya masih saya simpan. Dah banyak show guna harmonika tu, dan memang merekod lagu jiwang kumpulan houdinix. Memang jiwangnya, kira masa tu, boleh kata mat blues dari UTM skudai. hahaha. Tapi apa apapun, perjalanan harmonika tetap diteruskan. Terima kasih Abah, kerana memperkenalkan instrument yang menarik ini. Ianya kecil, masuk dalam poket pun boleh, tapi bila ditiup, besar perubahan dalam lagu. Ok, masa untuk bersantai, dengarlah sesi jamming kami di bawah, masa ni aku tak kahwin lagi. hahaha.


(masa ni di kuala kangsar, 2006, abah dan harmonikanya)

Cerita: Abah harmonika
Artis : Abah,Ninjaseni

2 comments:

  1. hehhe Ninja Seni yang hebat

    salam blogger dr;

    =Osman Ayop=

    ^_^

    p/s: ingat aku lg tak? hahahahaa

    ReplyDelete